Wednesday, September 7, 2011

Al-kisah Pembangkang yang Bodoh Sejarah

Sekali lagi pembangkan seola-olah kehilangan idea untuk menarik perhatian umum. Kali ini melalui polemik tentang komunis turut dimainkan. Umum mengetahui, komunis merupakan antara anasir yang telah menjahanamkan negara seketika dulu. walaupun pada masa itu negara Malaysia masih belum tercipta secara rasmi, namun, bayang-bayang ke arah penubuhan sebuah negara bernama 'Malaysia' telah wujud di sanubari pemimpin pada masa itu. Dan didalam perjalanan ke arah itu, komunis telah menjadi gila. Mereka membunuh orang yang tidak berdosa. Mereka berkelakuan seperti orang yang tidak punya akal dengan membunuh orang awam termasuk anggota keselamatan yang kononnya dilakukan atas dasar menentang penjajah. Tapi, syukur akhirnya mereka dikuburkan bersama ideologi karl marx yang memang ternyata tidak pernah mengiktiraf proses diplomasi untuk mencapai kedamaian.

Namun, setelah sekian lama berkubur, kini pemimpin pembangkan mula main api dengan membangkitkan semula isu komunisme. Mereka dengan bangga menyatakan bahawa komunis adalah pejuang sebenar. Apa mereka ini buta sejarah? atau memg sengaja membutakan diri atas niat untuk meraih sokongan politik? atau apakah mereka ini terlalu bodoh untuk memahami sejarah? mungkin ya. Mereka bodoh. Mereka buta sejarah dan mereka dungu kerana inginkan itu. Kalau ya sekalipun ingin meraih sokongan, tidak perlulah sampai mendungukan diri seperti sampah-sampah yang hanyut dilautan.

No comments:

Post a Comment